Azira Shafinaz Cedera Pergelangan Tangan Ketika Terjatuh Semasa Penggambaran Drama

Shopee CNY Sale



Penyanyi dan pelakon jelita, Azira Shafinaz mengalami keretakan pada bahagian pergelangan tangannya dipercayai selepas terjatuh sewaktu menjalani sesi penggambaran drama yang bertajuk ‘Nafsu’ pada malam Khamis.

Pergelangan tangan retak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azira Shafinaz | DE FAM (@azirashafinaz)

Menerusi Instagram (IG), Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan memuat naik gambar tangannya dalam keadaan berbalut selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Azira yang juga merupakan ahli kumpulan De Fam bagaimanapun meluahkan rasa syukur selepas tidak mengalami kecederaan yang serius meskipun kejadian tersebut menakutkan dirinya.

Saya terjatuh secara tidak sengaja sewaktu menjalani sesi penggambaran drama.

Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan serius cuma saya mengalami keretakkan kecil (hairline fracture) pada bahagian tulang pergelangan tangan.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon berusia 33 tahun itu turut berkongsi gambar paparan sinar x-ray yang menunjukkan keadaan terkini pergelangan tangannya.

MENARIK:  Tragis: Kanak-Kanak Berumur 8 Tahun Dibunuh Oleh Ibu Semasa Sedang Tidur

Di akhir hantarannya itu, Azira meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhannya agar dapat bekerja semula seperti biasa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa kesian terhadap Azira dan menitipkan doa agar pelakon drama ‘Pia’ itu cepat sembuh.

Komen netizen

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale