Pelakon dan ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mendedahkan dirinya hampir pitam selepas melakukan persembahan untuk sebuah program nyanyian pada malam Ahad.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Azira Shafinaz Perjelas Isu Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ – ‘Saya Rasa Ramai Yang Salah Tafsir’
Artikel berkaitan: Azira Shafinaz Retak Pergelangan Tangan, Terjatuh Sewaktu ‘Shooting’ Drama
Rasa kebas satu badan
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Azira dapat merasakan seluruh badannya kebas dan sukar untuk bernafas.
Menurutnya, perkara tersebut terjadi kerana dia tidak mengalas perut dahulu sebelum melakukan persembahan
Di belakang tabir yang orang tak tahu. Selepas temubual De Fam di belakang pentas, saya dah mula pening dan rasa macam tak cukup oksigen.
Seluruh badan saya rasa kebas dan saya tak dapat bernafas dengan betul. Saya ingat saya dah nak pitam.
Peringatan untuk diri sendiri: kena makan sebelum melakukan persembahan.
Bagaimanapun, tiada perkara serius yang berlaku dan dirinya sudah kembali sihat.
Tapi korang jangan risau. Alhamdulillah saya dah semakin baik sekarang.