Azrul Raja Lawak Mendedahkan Realiti Sebenar Di Sebalik Dunia Radio – ‘Sudden On Air, Today’s Last Day of Work’

Shopee CNY Sale



Pengacara dan penyampai radio iaitu Azrul Zaidi atau lebih dikenali sebagai Azrul Raja Lawak tampil mendedahkan realiti sebenar yang berlaku dalam industri penyiaran terutama sekali radio.

Azrul dedah politik dunia radio

" data-video-id="7323463432018103554">
@azrul_rajalawak Bkn masalah baru tp dr dlu lg..demi duit sanggup tutup rezeki org. #fyp #fyp? #kasiviral #ceritabenar #videoviral ? original sound – azrul_rajalawak

Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, Azrul yang pernah bekerja di beberapa stesen radio menyifatkan politik dalam dunia itu sangat kejam.

Kerja di radio ini okay sahaja, tak susah mana pun. Tapi kadang-kadang politik dia tu, tempat kerja mana yang tak ada politik kan?

Industri penyiaran (radio) ini politik dia memang kejam, memang ‘struggle’.

Dakwa pengacara berusia 49 tahun itu, dia pernah berdepan dengan situasi apabila dia diberhentikan pada hari yang sama perlu bersiaran untuk sebuah stesen radio.

Saya pun pernah kena juga, masa itu datang nak ‘on air’ tiba-tiba saya dipanggil masuk ke dalam pejabat pengurus.

Terus dia kata, ‘Hari ini awak last day ya. Lepas itu nanti kita akan bincanglah tentang tugas awak yang kemudian ini macam mana dan sebagainya’.

Bukan itu sahaja, Azrul juga mendakwa pernah tidak menerima sebarang bayaran ketika menggantikan penyampai radio yang baru saja meninggal dunia untuk sebuah stesen radio lain.

Ada juga pengalaman saya dengan salah satu stesen radio ini, tapi tak perlu sebutlah stesen mana kan?

Waktu itu saya perlu menggantikan penyampai radio stesen tersebut yang baru saja meninggal dunia. Jadi bila kerja mestilah ada gaji kan?

Dah ‘on air’ dalam dua minggu macam itu, saya pun tanya pengurus stesen radio tersebut tentang gaji dan sebagainya.

Dia boleh jawab. ‘Eh tak ada bayaran sebab dua minggu ini kira kami nak uji awak sebagai penyampai radio’.

Di akhir video tersebut, Azrul mendedahkan bahawa apa yang berlaku terhadap Tyzo tempoh hari itu jugalah yang dialami oleh para penyampai radio yang lain.

MENARIK:  Miera Leyana Menanti Hari Melahirkan Anak Kedua

Menurutnya, tidak hairanlah sekiranya seseorang penyampai radio itu tidak lagi ‘on air’ pada segmen yang mereka kendalikan kerana itulah realiti sebenar dalam dunia penyiaran.

Terdahulu, nama pemenang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 iaitu Tyzo menjadi bualan hangat di media sosial selepas kontraknya di sebuah stesen radio swasta ditamatkan serta-merta pada Jumaat.

Keputusan itu pastinya meruntunkan hati para pendengar dan peminatnya yang selama ini setia mendengar celoteh Tyzo pada segmen yang dikendalikannya bersama rakan penyampai, Sharifah Shahirah.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale