Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan melakukan terhadap anak perempuannya dan mengedar gambar serta video lucah secara atas talian.
Ramai jadi mangsa
Foto: Thaiger
Memetik laporan Thaiger, lelaki berdarah kacukan Thailand-German itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Khas (DSI) pada 14 Januari lalu.
Pihak polis melaporkan lelaki tersebut didakwa melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya dan beberapa orang lagi kanak-kanak lain berumur antara tujuh hingga 10 tahun.
Selain itu, suspek yang dikenali sebagai Tony itu juga didakwa mengedar pornografi kanak-kanak termasuklah video rakaman anak perempuannya sendiri menerusi laman web lucah.
DSI kemudian bertindak menggeledah rumah Tony dan menemui lebih 10,000 fail pornografi di dalam komputernya. Difahamkan foto dan video lucah yang ditemui melibatkan gadis-gadis muda berbeza umur dan bangsa.
Susulan itu, pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan lanjut manakala Tony yang disabitkan enam pertuduhan bakal dihadapkan di Mahkamah Jenayah Bangkok.
Dalam masa yang sama, mahkamah juga telah menolak permohonan Tony untuk diikat jamin.