Bapa Mentua Mark Adam Meninggal Dunia Setelah Berbuka Puasa

Shopee CNY Sale



Di Instagram, penyanyi Mark Adam berkongsi khabar duka kehilangan bapa mentuanya yang meninggal dunia pada malam Jumaat.

Al-Fatihah

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas waktu berbuka puasa.

Sedekahkan al-Fatihah buat bapa mentua saya, Redzuan Abdul Malik. Telah pergi menghadap Ilahi selepas berbuka tadi (Jumaat).

Mark turut berkongsi sebuah video kenangan ketika arwah sedang makan. Menerusi pemerhatian pihak  Mark dan isteri, dipercayai tiada bersama ketika arwah meninggal dunia. Menerusi hantaran sebelumnya mereka dilihat berada di Singapura bagi menyertai sebuah festival jualan raya di sana.

Kami dalam perjalanan pulang ke rumah Pa. Terus kuat untuk isteri.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan ucapan takziah buat Mark dan isteri.

MENARIK:  #OBTryBendaBaru: ‘Gaji Tak Naik, Tapi Muka Aku Ja OT’

Terdahulu, Mark rajin berkongsi mengenai keadaan bapa mentuanya yang sudah uzur dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk berjalan.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale