Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak memaksa anak lelakinya memakan cili sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia.
Maut dipaksa makan cili
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Channel News Asia, kejadian yang berlaku di Singapura pada 2 Ogos 2022 itu berpunca selepas suspek terhidu bau najis pada anak lelakinya yang berusia 4 tahun itu. Difahamkan, ketika itu, suspek sedang melatih mangsa menggunakan tandas.
Suspek bertambah berang selepas mangsa tidak mengaku telah membuang air dan disebabkan itu, suspek memaksa mangsa memakan cili sebagai cara mendisiplinkannya.
Pada awalnya mangsa cuba mengelak namun suspek bertindak di luar kawalan dengan menyumbatkan hujung cili ke dalam mulut anaknya itu.
Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri. Panik melihat keadaan mangsa, suspek memasukkan jarinya ke dalam mulut anaknya itu untuk mengeluarkan semula cili tersebut namun gagal.
Mangsa telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia akibat halangan saluran pernafasan.
Susulan daripada itu, suspek yang mengaku bersalah kini telah dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan.