Sekadar gambar hiasan
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 15 pada Selasa.
Meninggal dunia di rumah pengasuh
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, mangsa baru dua hari berada di bawah penjagaan pengasuh terbabit.
Pada hari kejadian, yang merupakan hari kedua mangsa dihantar ke rumah pengasuh, bayi itu berada dalam keadaan tidak sihat kerana sudah batuk selama seminggu.
Ibu mangsa memaklumkan bayinya dihantar ke klinik Presint 18 pada 18 Mac untuk pemeriksaan, namun keputusan X-ray menunjukkan mangsa tidak mengalami sebarang masalah.
Pengasuh yang menjaga empat kanak-kanak termasuk mangsa memberitahu dia hanya menyedari kejadian itu selepas mangsa tidak sedarkan diri daripada tidur walaupun sudah berkali-kali dikejutkan.
Pengasuh melakukan CPR, namun sedikit darah tiba-tiba keluar dari lubang hidung kiri mangsa, lalu pengasuh segera menghubungi talian kecemasan.
Namun mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. Hasil pemeriksaan fizikal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang wujud dan mangsa telah dirujuk ke Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, selain sampel organ mangsa juga diambil untuk dihantar ke makmal.
Pengasuh telah melakukan CPR (resusitasi kardiopulmonari) sejak dari rumah dan diteruskan di unit kecemasan selama 30 minit, namun pesakit tidak dapat diselamatkan.
Kematian bayi itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau SDR sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.