Home Trending Bekas Suami Datang Melawat Anak-Anak Selepas Sunat – Tom Ucapan Terima Kasih

Bekas Suami Datang Melawat Anak-Anak Selepas Sunat – Tom Ucapan Terima Kasih

0
Bekas Suami Datang Melawat Anak-Anak Selepas Sunat – Tom Ucapan Terima Kasih

[ad_1]



Tom Fuad Rahman

Penyanyi, Tom mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya yang dikenali sebagai Junk kerana sudi datang menziarahi anak mereka iaitu Adler dan Evas yang baru sahaja berkhatan.

Bekas suami datang

Tom Fuad Rahman

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story) miliknya, baru-baru ini.

Dalam perkongsian itu, bekas suami Tom dilihat duduk di atas sofa bersama dua orang anak mereka yang sedang mengenakan kain pelekat.

Bekas suami dan isteri datang rumah, melawat anak-anak dia, Adler dan Evans yang baru lepas sunat. Terima kasih Junk (panggilan bekas suami) dan isteri datang menziarah.

Dalam perkongsian sama, turut kelihatan seorang wanita dipercayai isteri kepada Junk.

Imbas kembali, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu. Dia kemudian mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan penyanyi, Fuad Rahman pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Tom dan Fuad selamat menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka pada 18 Februari lalu. Mereka juga sepakat memberikan nama Anggun kepada bayi perempuan itu.

Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

The following two tabs change content below.

[ad_2]