Pelakon, Elfira Loy tampil memberikan pendapatnya mengenai gerakan #Blockout2024 yang sedang giat dilakukan rata-rata wargamaya di Malaysia.
‘Kalau Allah tak suka, kenapa kita okay kan?’
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Elfira berpendapat bahawa gerakan ini sangat wajar dilakukan oleh semua individu.
Menurut pelakon berusia 30 tahun ini, dia sama sekali tidak bersetuju bila mana terdapat individu yang mengatakan bahawa hasil titik peluh yang diperolehi menerusi kempen mempromosikan barangan jenama yang menyokong Zionis adalah rezeki daripada Allah SWT.
Jadi, dengan puak macam ini (Zionis) ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka.
Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, learn to let go.
Percayalah Allah akan beri lebih baik.
Tambah pelakon yang popular menerusi drama ‘Syurgamu Ramadan’ ini lagi, dia tidak dapat membayangkan keadaan sebenar yang akan terjadi apabil munculnya Dajjal di atas muka bumi ini memandangkan orang ramai mula keliru mengenai gerakan boikot yang sedang dilakukan.
Sekarang tentang boikot pun sudah keliru hendak lakukan atau tidak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana.
Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja.
Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot.
Sekadar info, gerakan Blockout2024 ini dibuat susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
Antara artis tempatan yang turut disenaraikan bagi gerakan ini termasuklah Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Dahlia Rizal dan ramai lagi.