Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memohon maaf susulan tular sepotong video di TikTok memperlihatkan dia mengenakan pakaian seksi sehingga mendedahkan sebahagian pahanyaya.
Hanya manusia biasa
Ketika ditemui Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mengakui pakaian tersebut kurang sesuai untuk digayakan selain akan berhati-hati pada masa akan datang.
Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju tersebut.
Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju itu hanya untuk reviu sahaja. Saya tidak akan buat lagi.
Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Rabu.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu terbuka menerima setiapa kritikan yang diberikan orang ramai mengenai penampilannya.
Sebenarnya ketika saya pakai baju itu, bukan untuk berlari-lari tetapi selepas melihat hasil akhir,saya rasakan mungkin kurang sesuai.
Aliff selalu beri nasihat dan semangat mengenai penampilan. Jadi, itu adalah kesilapan diri sendiri dan tak boleh salahkan sesiapa.
Terdahulu, tular video di Tiktok memaparkan Bella memakai dres berwarna hijau sambil menuruni anak tangga sehingga menampakkan bahagian pahanya.
Rentetan daripada itu, pakaian yang dipakai oleh Bella itu menerima kecaman kerana dikatakan mencolok mata.