Beraya Pertama Kali Sebagai Suami Isteri: Imran Aqil dan Dahlia Rizal Berharap Untuk Tidak Bergaduh Ketika Pulang ke Kampung

Shopee CNY Sale



Pasangan pempengaruh media sosial, Aqil Imran dan Dahlia Rizal mengakui tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali pertamanya sebagai suami isteri.

‘Saya tak ambil hati pun bila orang bertanya soalan tu’

Ketika ditemu bual , pasangan itu berkata mereka sudah pun melakukan persiapan hari raya termasuk membeli pakaian baharu, menukar langsir dan sebagainya. Apabila ditanya siapakah antara mereka yang membuat keputusan untuk memilih tema pakaian di hari raya, Imran berkata dia menyerahkan semuanya kepada Dahlia.

Dalam pada itu, pasangan merpati dua sejoli ini enggan mendedahkan jumlah kos yang dibelanjakan mereka sepanjang persiapan hari raya pada tahun ini.

Baju Dahlia ada 15 pasang dan saya ada 7 pasang. Untuk perbelanjaan hari raya kami tak boleh nak dedahkan, kami tak nak timbulkan fitnah atau perasaan riak. Jadi biarlah kami sendiri sahaja yang tahu.

Difahamkan, pasangan ini akan beraya di Kuala Lumpur (keluarga Dahlia) terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung Imran di Perak.

Masa kami berbincang untuk pulang beraya di kampung siapa, Alhamdulillah tiada apa masalah berlaku. Kedua-dua belah keluarga boleh bertoleransi. Mak saya pun suruh kami beraya di rumah Dahlia.

Sementara itu, apabila ditanya kepada Dahlia adakah dia sudah bersedia sekiranya diajukan soalan berkaitan kehamilan dan cahaya mata, Dahlia berkata dia sudah terbiasa dengan soalan begitu sejak di majlis resepsi perkahwinannya lagi.

Masa resepsi pun ramai dah bertanya, dah mengandung ke belum. Saya hanya cakap ya dah mengandung sedangkan tak pun. Saja je cakap macam tu. Saya pun tak berapa kisah sangat dengan soalan-soalan begitu, sebab mereka pun kadang-kadang melawak, bergurau. Saya tak ambil hati pun bila orang bertanya soalan macam tu.

Sekadar info, Imran dan Dahlia telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu.

MENARIK:  Isteri Fazley Yaakob Menantang Pejabat: ‘Tidak Terima Sebarang Jemputan Konsert’

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale