Home Trending Berkongsi Pengalaman Kena ‘Scam’ Dengan Pembeli Kuih Raya – Syura Badron Mengaku Penat

Berkongsi Pengalaman Kena ‘Scam’ Dengan Pembeli Kuih Raya – Syura Badron Mengaku Penat

0
Berkongsi Pengalaman Kena ‘Scam’ Dengan Pembeli Kuih Raya – Syura Badron Mengaku Penat

[ad_1]



Di TikTok, penyanyi Syura Badron meluahkan rasa kesal apabila menjadi mangsa penipuan pelanggan yang membeli biskut raya di Tebing Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Aku kena scam wei!

Menurut Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, pelanggan berkenaan membayar biskut raya yang dibeli melalui kaedah kod QR namun wang berkenaan tidak masuk dalam akaunnya.

Sepanjang bulan Ramadan memang saya jual kuih raya di Johor Bahru dan hari ini Alhamdulillah kuih raya saya terjual walapun tidak banyak. Cumanya ada beberapa pelanggan bayar menggunakan kod QR dan memang tunjuk resit berjaya tapi tak masuk dalam akaun saya, jadi macam pelik.

Tambah Syura, dia tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku kepadanya memandangkan sepanjang berniaga dia tidak pernah ditipu pelanggan.

Susulan daripada itu, pelantun suara ‘Nazam Berkasih’ ini berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam sebarang bentuk pembayaran secara dalam talian selepas ini.

Sebelum ini tiada masalah pun, mungkin selepas ini saya ambil pengajaran. Kalau ada yang buat pembayaran guna kod QR saya ambil gambar.

Penat tau buat kuih raya itu, bila kena scam rasa sedihlah. Dalam sedih kena redhalah kan. Untuk yang dah biasa buat benda-benda macam ini, korang beli makanan akan masuk dalam darah dan jadi darah daging. Jangan lah buat benda-benda macam ini, kesian dekat peniaga-peniaga. Tak tahu penat dan kesusahan orang macam mana nak siapkan kuih dan apa yang dilalui untuk berniaga.

Video

@syurabadron86

Done bebel! Tak baik erk curi..lagi2 bulan puasa.. ? Sedih tapi kene redha guys

? original sound – SyuraBadron – SyuraBadron

The following two tabs change content below.

[ad_2]