[ad_1]
Pelakon Beto Kusyairy tidak berfikir panjang untuk menerima pelawaan Amir Jahari untuk membuat kemunculan istimewa ketika lagu Hasrat dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38, pada malam Ahad.
Artikel berkaitan: Hasrat Nyanyian Amir Jahari Dinobat Sebagai Juara, Ini Keputusan Penuh Pemenang AJL38
Artikel berkaitan: #AJL38: ‘Hasrat Juara Kerana Lagu Itu Lain Daripada Yang Lain, Major Yang Berkualiti’ – Ketua Juri
Berbesar hati terima pelawaan
Menerusi hantaran di Instagram, Beto berbesar hati dapat memenuhi permintaan Amir bagi menghidupkan persembahan lagu Hasrat yang menjadi runut bunyi filem Imaginur.
Hasrat masuk final? Untuk kau, besar hati aku Mir (Amir Jahari).
Kagum dengan semangat Amir
Menurut Beto, dia sangat mengagumi semangat Amir yang tidak pernah putus asa meskipun telah menempuh perjalanan hidup yang sukar.
Subhanallah… Aku tidak tahu secara terperinci apa yang dia tempuh sebelum dan sepanjang bergelar seniman.
Tetapi aku tahu perjalanan yang dia lalu, tidak semua mampu lalu dan pikul. Apa yang istimewanya, dia bertahan walau dalam kepayahan.
Sesuatu yang tragis berlaku dalam hidup ada sebabnya, itu adalah rahsia Allah dan Dia Maha Adil. Syabas dan tahniah Mir. Kau dan keluarga adalah termasuk dalam orang-orang yang baik.
Terima kasih kerana tidak putus semangat. Aku percaya kau akan tetap seperti sekarang… Tunduk dan merendah walau sedang dalam kemasyhuran. Syukur Alhamdulillah… Hasrat juara di hati semua!
Selain Beto, Amir juga turut mengundang aktres Diana Danielle yang juga merupakan gandingan filem Imaginur bagi melakonkan semula babak ikonik tersebut.
Pada malam itu, persembahan Amir juga menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Lagu dan persembahan yang mencuri hati juri dan penonton ini mengangkat Amir sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.
Manakala naib juara AJL 38 menjadi milik lagu Sutera nyanyian dan ciptaan Aisha Retno dan MFMF. Mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi.
Menduduki tempat ketiga lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan Aina Abdul. Aina menerima wang tunai RM30,000 dan trofi.
[ad_2]