Tak ada angin tak ada ribut, riba-tiba muncul dakwaan penyanyi, Usop tidak bekerja dan hanya bergantung kepada isteri.
Penjelasan isteri Usop
Menerusi video yang dimuat naik oleh isterinya, Nur Fatihah Md Hashim di TikTok, seorang individu meninggalkan komen dengan mempersoalkan tentang pekerjaan Usop.
Setahu aku Usop mana ada ‘job’, harap bini je.
Tidak berdiam diri, Fatihah kemudian menyelar dakwaan individu berkenaan dan menegaskan bahawa Usop adalah seorang suami bertanggungjawab serta tidak pernah mengabaikan nafkah.
Tak baik kata macam tu. Saya ni tak kerja, duduk rumah jaga anak je.
Tak ada benda nak komen tak payah komen. Mulut tu jaga, dah la ada gambar profile..orang boleh kata balik.
Jangan kata macam tu, suami saya lah yang sara saya dan anak.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet turut mengecam kenyataan individu tersebut kerana tuduhan terbabit boleh menjadi fitnah.
Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati Fatihah supaya mengabaikan dakwaan yang tidak benar itu.
Setahu saya Usop ni ‘job’ tak pernah putus, menyanyi sana sini.
Usop ‘job’ berlambak-lambak, lepas show sana show sini. Nampak sangat dia tak tengok Usop. Usop antara peserta dari program Mentor yang masih menyerlah.
Allahuakbar, janganlah fitnah macam tu. Sabar banyak. Alhamdulillah Usop dapat isteri yang baik.
Sabar banyak-banyak, ini ujian. Kadang-kadang dia orang dengki.
Replying to @Lukman Adam893
? original sound – Beaute Teha – Beaute Teha