Gambar sekadar hiasan
Seorang pelajar di Thailand mendakwa dirinya oleh pegawai polis selepas dia gagal membayar denda kerana tidak mengemukakan lesen memandu.
Gagal bayar denda
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Thaiger News, ketika kejadian, mangsa ditahan oleh pegawai tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu dan suspek meminta mangsa untuk membayar denda sebanyak 2,000 baht (RM267.08).
Namun, mangsa gagal untuk membayar denda tersebut. Pelajar itu didakwa diserang secara seksual di sebelah balai polis.
Kisah tersebut menjadi tular di Thailand apabila laman terkenal Saimai Survive mendedahkan tentang kisah pilu pelajar tersebut sehingga mencetuskan bantahan daripada orang ramai.
Susulan itu, Timbalan Pesuruhjaya Jeneral Surachate Hakparn akan menyiasat kejadian tersebut dan memastikan fakta kes itu.
Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan menyeluruh dan akan memberikan laporan terperinci tentang kejadian itu.