Hanya kerana mahu mendapatkan kepuasan seksual, seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada bahagian kemaluannya.
Masuk bateri dalam zakar
Memetik laporan Daily Star, mangsa yang berusia 73 tahun itu bertindak memasukkan tiga biji bateri ke dalam saluran zakarnya. Namun malang tidak berbau, bateri tersebut tiba-tiba meletup dan menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital selepas hampir 24 jam menahan kesakitan.
Susulan daripada itu, satu pembedahan telah dilakukan dan pegawai perubatan mendapati terdapat kerosakan pada tisu selain kesan luka melecur yang besar pada saluran zakar mangsa.
Difahamkan, mangsa memberitahu bahawa dia pernah beberapa kali melakukan perkara yang sama namun tidak berdepan dengan sebarang masalah. Tambahnya lagi, selain bateri, dia pernah menggunakan wayar elektrik, kutleri dan skru logam ke dalam kemaluannya untuk mendapatkan kepuasan seksual.