Datuk Rosmarayu Menolak Menggadai Artis Bermasalah dalam Filem – ‘Mahu Hindari Boikot dari Netizen’

Shopee CNY Sale



Pemilik D’Ayu Pictures iaitu Datuk Rosmarayu Mokhtar memaklumkan syarikat produksinya tidak akan memilih pelakon yang terlibat dengan masalah moral serta bermasalah untuk membintangi filem terbitannya.

‘Nanti netizen boikot’

Ketika ditemui , Rosmarayu berkata, tindakan itu perlu dilakukan kerana ia akan merisikokan penjualan filem yang bakal diterbitkannya.

Ini kerana, penerbitan filem perlu dijual kepada penonton berbanding drama TV yang hanya ditayangkan secara percuma.

Kalau buat drama jual kat TV, stesen yang akan bayar. Tapi kalau filem, saya takut penonton tak datang.

Jadi, macam mana nak ambil (pelakon bermasalah) ini berlakon. Perkara ini penting dan perlu dilihat secara mendalam.

Nanti netizen boikot filem saya sedangkan saya dah banyak keluarkan wang buat filem. Rugilah saya.

Saya akan nilai dari sudut kontroversi dulu sebelum fikir aspek bakat. Saya takut terjejas filem tak laku dan akhirnya syarikat saya ditutup.

Rosmarayu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Country Heights, Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Tambah Rosmarayu, dia akan sentiasa merujuk orang lama seperti Datuk Yusof Haslam seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebelum mengambil mana-mana pelakon untuk terlibat dengan karya dihasilkan produksinya.

Sementara itu, Rosmarayu turut mengambil kesempatan dengan memberikan sumbangan kepada 30 artis veteran yang ketika ini kurang mendapat tawaran berlakon ketika majlis rumah terbuka tersebut.

MENARIK:  [VIDEO] Tyzo Nafi Berniat Menggulingkan DJ Lin, Ucapan 'Terima Kasih Atas Insiden Ini' spontan

Antara artis yang menerima sumbangan termasuklah Nor Azifah, Emma Akma, Datin Fadilah Mansor, Hamidah Wahab, Zuraini Kassim, Rahim Kidol, Rozie Othman, Shaharudin Tambi, Fazli Zainal, Rashidah Jaafar, Chef Yang Jamil dan ramai lagi.

Sebenarnya dah lima tahun saya tak buat majlis begini. Kebetulan rumah ini dikira baru siap, jadi saya buatkan kenduri sekali dengan Rumah Terbuka.

Saya juga ambil kesempatan beri sumbangan kepada 30 penggiat seni veteran yang kurang dapat tawaran berlakon. Saya kasihan mendengar rintihan mereka yang tiada tawaran.

Saya rasa kasihan dan suruh Presiden Seniman, Zed Zaidi kumpulkan beberapa nama untuk beri bantuan. Kalau saya ada produksi drama, dah lama saya ambil mereka berlakon.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale