Dayang Nurfaizah Beri Pandangan Mengenai Prestasi Vokal Yang Kurang Memuaskan – ‘Setiap Penyanyi Akan Mengalami Fasa-Fasa Tertentu’

Shopee CNY Sale



Penyanyi Dayang Nurfaizah tampil mengulas mengenai prestasi vokalnya yang didakwa kurang memuaskan pada persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke 38 (AJL38), baru-baru ini.

Melalui fasa tertentu

Menerusi temu bual bersama Dayang berkata, perkara tersebut adalah lumrah yang perlu dilalui setiap penyanyi.

Setiap penyanyi akan melalui fasa-fasa tertentu. Seperti saya juga, saya berterima kasih kepada peminat yang sentiasa risau. Bila mereka risau, apatah lagi tuan empunya badan.

Setiap penyanyi pasti mahu berikan yang terbaik dalam setiap persembahan, kadang kala saya juga tidak tahu bagaimana nak meluahkan.

Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Hakikat Cinta’ ini memberitahu keadaan suara dan vokalnya tidak mempunyai sebarang masalah.

Ia tiada masalah sebenarnya, vokal ini ibarat otot, ada hari baik, ada hari sebaliknya. Saya rasa penyanyi lain pun ada show juga, ia normal. Saya juga ada masa untuk berehat, bukanlah kerja sentiasa. Saya jenis tak suka sangat berkongsi perihal peribadi, saya sentiasa cuba jaga diri saya dari segi kesihatan, vokal dan mental.

Ada hari rasa gementar, walaupun saya dah nyanyi lama, ada hari yang baik dan buruk.

Tambah Dayang, dia sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan kecil mahupun besar.

Saya rasa sebenarnya penyanyi saja tahu bagaimana keadaan mereka di atas pentas. Kita cuba bagi yang terbaik, setiap persembahan kecil atau besar, saya sentiasa beri yang terbaik. Setiap penyanyi ada turun naiknya.

Disoal sama ada berjumpa dengan pakar atau tidak untuk melakukan pemeriksaan, Dayang secara ringkas menjawab dia ada bertemu pakar bagi membuat pemeriksaan.

Saya juga ada jumpa dengan pakar telinga, hidung dan kerongkong atau ENT untuk buat pemeriksaan. Buat masa sekarang tidaklah terlalu padat jadual saya, ada masa rehat juga, untuk berehat panjang, tidaklah. Saya rasa normal sahaja jadual saya, setiap kali show hanya dua atau tiga lagu saja, ia tidak mengganggu.

Di akhir temu bual, Dayang berkata, dia masih mempunyai waktu untuk rehat yang secukupnya meskipun dilihat agak sibuk menghadiri undangan melakukan persembahan.

Sebenarnya, Dayang ada masa untuk berehat. Nanti bulan Ramadan, Dayang rancang nak siapkan album baru Dayang. Sekarang dah 75 peratus. Tinggal sikit sahaja lagi untuk Dayang beri sepenuhnya tumpuan.

MENARIK:  Lelaki Dituduh Mencampakkan Kekasih dari Tingkat 23 Ternyata Positif Dadah

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale