Home Trending ‘Dendam Yang Tersisa Setelah Cinta Pergi’ – Fathia Latiff

‘Dendam Yang Tersisa Setelah Cinta Pergi’ – Fathia Latiff

0
‘Dendam Yang Tersisa Setelah Cinta Pergi’ – Fathia Latiff

[ad_1]



Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila tampil dalam rakaman podcast bersama Caprice. Menerusi rakaman podcast yang dikongsikan oleh Caprice di Instagram, Fathia mendakwa masih menyimpan dendam terhadap bekas kekasihnya iaitu Aiman Hakim Ridza.

Saya boleh muat naik apa sahaja

Menerusi perkongsian tersebut, Fathia atau nama sebenar, Nur Fathia Abdul Latiff, 36, dipercayai masih belum ‘move on’ selepas putus cinta dengan Aiman.

Saya tidak lagi cintakan dia, saya cuma ada dendam. Dia seorang selebriti. Saya boleh muat naik apa sahaja yang saya suka. Dia selebriti dan ‘public figure’. Ramai orang guna foto bersama ‘public figure’. Jadi, mengapa saya tidak boleh guna?

Disoal mengapa mencetuskan kontroversi dan membuat provokasi terhadap Aiman dan Zahirah, Fathia berkata, dia tidak menganggap tindakan itu mengganggu.

Saya tidak tahu bagaimana tindakan itu mengganggu. Bagaimana pula awak tahu tindakan itu suatu provokasi?

Ujar pelakon drama ‘Ariana Rose’ itu lagi, Aiman pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya suatu masa dahulu.

Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Kami bersama lima tahun. Saya fikir tidak salah muat naik sesuatu mengenai seseorang yang pernah berada dalam hati saya.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

The following two tabs change content below.

[ad_2]