Di Mana Bro?: Edisi Perlis – 3 Hari Tidak Mencukupi Untuk Melawat! Banyak Tempat Menarik Ternyata!

Shopee CNY Sale



Negeri Perlis Indera Kayangan sememangnya terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai negeri yang mempunyai keindahan alam semulajadi dan tak lupa juga….dengan buah mangga harummanis! 

Ha, siapa yang  cakap Perlis ada 8 orang tu memandai je hang ni! Punyalah meriah Perlis ni, berduyun-duyun yang datang tau! 

Kalau sebelum ni korang tak tahu mana tempat-tempat menarik nak explore dekat Perlis ni, lepas tengok video dekat bawah ni boleh lah start-start planning untuk pergi trip dengan kawan-kawan dekat Perlis!

Jom tengok Sissy Iman & Zaidi Aziz tapau lebih 10 tempat menarik di Perlis dalam 3 hari je!

Dari homestay ke tempat breakfast, makan tengah hari dan makan malam, macam-macam  aktiviti boleh buat geng!

Memang menarik lah. Tak sangka dekat Perlis ada banyak tempat best rupanya! Dari video ni je ada lebih 10 tempat yang boleh cover percutian selama 3 hari!

Siapa tau sebenarnya ada banyak lagi tempat yang belum di explore betul tak?

Meh admin listkan untuk korang tempat yang Zaidi dan Sissy explore! Jangan lupa save video tu sekali tau supaya senang nak rujuk nanti.

Hari Pertama:

  • Makan tengah hari @ Nipah Klasik
  • Country Road Homestay (Check-in)
  • Jambatan Syed Putra, K. Perlis
  • Kampung Pelangi, K. Perlis)
  • Makan malam @ Restoran Api-api

Hari Kedua:

  • Sarapan @ Sadiah Cafe
  • Gua Bukit Ngulang 
  • Kafe Kupi Kahfi
  • Lunch @ Anjung Keli
  • Wang Kelian Viewpoint
  • Canopy Walk FRIM Perlis
  • Timah Tasoh (Sunset)
  • Makan malam @ Chortiez
  • Kangar Street Art & 0km

Hari Ketiga:

  • Batik Inderawasih, Kg Ngulang
  • Lunch @ Pokok Sawa

Menarik kan? Alang-alang dah terfikir nak pergi tu, apa kata korang pergi pada 1 hingga 3 Mac ni? Ada Pesta Angin Timur!

Fuh, makin menarik lah Perlis tahun ni! Meriah habis, siap ada pesta weh!

MENARIK:  Single Sulung Amir Sisi Berjudul ‘Ayah Ibu’ Mendapat Sambutan Hangat

Bermula dari pukul 8 pagi sampai lah ke 11.30malam dan bertempat di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau, Perlis ada bermacam-macam aktiviti yang disediakan untuk korang. Confirm aktiviti ni korang tak akan jumpa dekat bandar! Time ni la anak-anak boleh belajar dan kenali budaya warisan Malaysia.

Antara aktiviti yang korang seisi keluarga boleh join ialah:

  • Pertunjukkan payung terjun
  • Acara menangkap itik
  • Persembahan Joget Tarian Mentarang
  • Persembahan nyanyian oleh artis tempatan
  • Persembahan Tarian Kota Gapura Utara

dan banyak lagi!

Jom melawat Perlis tahun ni!

Kalau selama korang hidup di Malaysia ni tak pernah pergi ke Perlis, datanglah sekarang sempena Tahun Melawat Perlis 2024 – 2025. Perlis memang terbaik. 

Perut Kenyang, Fikiran Tenang, Poket Tak Terkoyak. Meh Pakat Pergi Perlis!  

Alang-alang nak cuti sekolah ni, boleh la plan kan? Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia!

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale