Seperti yang kita ketahui, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari 2024.
Video kahwin tular
Baru-baru ini, tularnya video memaparkan majlis perkahwinan Agong dan Raja Permasuri Agong iaitu Tunku Azizah Aminah pada sekitar tahun 1986 lalu.
Dapat dilihat majlis tersebut diadakan secara gilang-gemilang dan mendapat liputan media tempatan pada ketika itu.
Apa yang menarik perhatian ialah, video tular tersebut turut mendapat respon daripada Raja Permaisuri Agong tatkala menonton kenangan sewaktu baginda mengadakan majlis perkahwinannya pada ketika itu.
Ya Allah, mudanya kami berdua.
Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong juga sempat meninggalkan komen berdoa agar anakanda keduanya iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertemu jodoh.
Doakanlah semoga Tengku Hassan bertemu jodoh dengan seorang Puteri juga, insya-Allah.
Komen tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya berseloroh mengatakan harapan mereka untuk bertemu jodoh dengan Tengku Hassanal tidak kesampaian.
Melepas netizen