Dr Say Shazril Prihatin Anak Muda Kurang Minat Belajar, Ingatkan Untuk Tidak Terjebak Dengan Gaya Hidup Glamor Influencer

Shopee CNY Sale



Doktor selebriti, Dr Say Shazril turut berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) miliknya susulan keputusan yang dikeluarkan pada Isnin.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Say Sebak, Anak Autisme Boleh ‘Survive’ Di Sekolah – ‘Daddy Love You So Much Ace’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Say Gesa Mangsa Curang Bebaskan Diri – ‘Once A Cheater Will Always Be A Cheater’

Tak ambil berat soal pelajaran

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Say akui bimbang dengan pemikiran anak muda yang tidak mengambil berat soal pelajaran.

Tak pernah saya kongsi keputusan SPM saya tapi hari ini tergerak hati nak kongsi keputusan SPM tahun 2005 saya dahulu. Kenapa sekarang terhegeh nak kongsi?

Sebab saya gusar melihat adik-adik zaman sekarang yang merasakan pendidikan tidak penting. ‘Belajar tinggi-tinggi nanti kerja bawah orang jugak’, ‘Belajar tinggi-tinggi nanti takde kerja jugak’, ‘Belajar tinggi-tinggi nanti gaji ciput jugak’.

Dik, pernah dengar tak ilmu membentuk peribadi? Kalau adik perhatikan yang banyak bising kat media sosial, yang kaki maki hamun caci itu ini kebanyakannya tin-tin kosong sebab rata-rata orang berilmu ni dia lebih memilih untuk berdiam diri untuk sibukkan diri dengan perkara yang lebih penting contohnya memajukan diri dan keluarga.

Janganlah sebab beberapa founder yg kaya-raya atau influencer yang menayangkan gaya hidup mewah membuatkan adik-adik nak jadi youtuber, tiktoker atau influencer dan menepikan pembelajaran.

Pentingnya ada pelajaran

Dalam pada itu, Dr Say memberi gambaran kehidupan pada masa akan datang menjadi lebih mudah sekiranya individu mempunyai kelayakan dalam akademik.

Kita hidup ni lama dik dan ada pasang surutnya. Contohnya adik jadi tiktoker pastu adik tersalah buat posting yang membuatkan adik hilang semua pengikut adik dah pastu adik nak hidup macam mana?

Sekiranya adik ada ilmu dalam bentuk diploma, degree, masters atau PHD, adik bila-bila boleh pulang kepada ilmu adik tadi. Yes, SPM bukan segala-galanya tapi zaman sekarang takde UPSR, takde PMR jadi sepanjang 11 tahun adik belajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah, SPM ini sahaja akan menjadi kayu pengukur adik.

Bagaimanapun, Dr Say berbangga kerana terdapat peningkatan dalam jumlah pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut berbanding tahun 2022.

Secara ringkasnya, tak kira apa jua keputusan SPM adik sama ada baik atau buruk, tepukkan untuk adik kerana berjaya memegang Sijil Pelajaran Malaysia. Sebab 2022, 30 ribu pelajar tak ambil SPM cukup mengecewakan.

Apa jua keputusan yang adik perolehi ada hikmah di sebaliknya. Kalau teruk ia bukan pengakhiran hidup, teruskan usaha sambung pelajaran. Begitu juga kalau cemerlang teruskan usaha sambung pelajaran supaya nanti kita boleh berbakti.

SPM ini adalah tiket kepada arah tuju adik-adik selepas ini. Abang dulu dapat keputusan macam ini yang membenarkan abang buat bidang perubatan.

MENARIK:  Berpantang Selama Sebulan: Pengalaman Saya Tidak Boleh Makan Makanan Pejal - Jasmin Hamid

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale