[ad_1]
Buat pertama kalinya, Nikki Palikat bergandingan dengan Afif Tarmizie melancarkan lagu ‘Dugaan Takdir Cinta’.
Dugaan Takdir Cinta
Menurut Nikki, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk berkolaborasi dengan Afif menerusi lagu ‘Dugaan Takdir Cinta’ yang juga merupakan runut bunyi atau OST bagi drama Takdir Itu Milik Aku.
Malah, Nikki turut memuji komposisi muzik dan lirik lagu tersebut yang disifatkan berbeza dengan lagu cinta yang pernah ada sebelum ini.
Semestinya saya gembira dan berbesar hati dengan tawaran ini. Sudah lama saya tidak merakamkan sebuah lagu duet.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada pihak produksi drama dan Sony Music Entertainment Malaysia atas kepercayaan ini. Saya juga berharap peminat-peminat akan suka dengan lagu terbaru ini.
Lagu ini unik kerana ia berbeza dengan lagu-lagu yang berunsur cinta yang lain. Lirik lagu ni menunjukkan ada prasangka yang wujud di antara pasangan yang bercinta.
Saya juga sangat suka vokal Afif Tarmizi. Dalam peringkat demo pun, penghayatan dia itu luarbiasa dan menjadikan proses rakaman begitu seronok bagi saya.
Lagu ‘Dugaan Takdir Cinta’ dilancarkan di bawah naungan syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia dan menerima sentuhan istimewa daripada komposer berbakat, Ejai Aziz dan Kelana.
Penerbit lagu ini juga tidak kurang hebatnya iaitu Rudy Nastia. Manakala liriknya yang mendalam, diilhamkan oleh penulis novel terkenal, Siti Rosmizah yang juga berperanan sebagai penulis skrip dan penerbit untuk Takdir Itu Milik Aku.
Sementara itu, Afif akui teruja bergandingan dengan Nikki selain memuji kualiti vokal penyanyi kelahiran Sabah itu.
Apabila saya dapat tahu akan menyanyikan lagu ‘Dugaan Takdir Cinta’ bersama Nikki Palikat, saya sangat berasa teruja akan kolaborasi ini kerana kepakarannya dan kemahiran vokalnya menjadikan proses rakaman ini berjalan dengan lancar.
Apabila mendapat lagu ini, saya telah diberikan tugasan untuk menyesuaikan melodi mengikut citarasa pendengar pada masa kini. Hal ini mengambil masa beberapa kali sehingga mencapai kata putus daripada semua pihak.
Selain itu antara cabarannya adalah, saya merupakan penyanyi lelaki yang telah dipilih untuk Siti Rosmizah dan mereka menghadapi cabaran atau misi dalam mencari pemilik suara wanita pada ketika itu dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk membuat lagu ini bersama Nikki Palikat yang merupakan naib juara Gegar Vaganza (musim 8) pada 2021.
[ad_2]