Ellie Suriaty Bersedia Membuka Hati Untuk Menikah Sekali Lagi – ‘Saya Menyukai Pengalaman Berumahtangga’

Shopee CNY Sale



Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty menyatakan dia selesa mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami, Azri Iskandar demi kebaikan anak-anak.

Artikel berkaitan: Ellie Suriaty Bantu Persiapan Kahwin Azri Iskandar – ‘Saya Dah Janji Dengan Arwah Nenek Dia’

Artikel berkaitan: Ellie Suriaty Utamakan Keserasian – ‘Kalau Tak Ada ‘Rasa’ Dekat Dia, Macam Mana?’

‘Tumpang gembira’

Memetik laporan Melodi, Ellie berkata, dia tiada niat untuk kembali semula dengan bekas suami namun masih mahu Azri kekal dalam kehidupannya.

Saya lebih selesa untuk kami bersaudara. Sangat penting untuk kita mengekalkan persaudaraan. Saya anggap Azri sebagai sebahagian daripada kehidupan kita.

Saya tak boleh membenci dia dan dia adalah bapa kepada anak-anak saya. Tetapi adalah lebih baik untuk kita meneruskan perhubungan ini sebagai saudara.

Insya-Allah kalau saya ada jodoh dengan orang lain, saya juga nak dia terlibat dan akrab dengan teman lelaki saya pada masa akan datang. Saya cakap ni supaya jangan fikir saya akan balik semula dengan Azri lah. Kita hormati ruang masing-masing.

Disoal untuk kembali berumah tangga, Ellie berterus terang dia bersedia untuk kahwin lagi.

Ya mesti. Saya suka alam perkahwinan. Pada saya, ia sesuatu alam yang sangat suci tetapi saya tidak memaksa untuk keadaan itu berlaku. Itu semua dengan izin Allah Taala. Kalau Allah kata tak ada, tak adalah nak buat macam mana.

Mengulas tentang penglibatan dalam persiapan perkahwinan bekas suami dengan wanita pilihannya, Ellie gembira dapat mewakili pihak lelaki.

Tapi saya tumpang gembira untuk Azri dan saya doakan yang terbaik. Saya harap bakal isteri dia dapat menerima apa yang kita lakukan bukan untuk mengatakan sebaliknya tetapi semata-mata wakil pihak lelaki itu sahaja.

Untuk rekod, Ellie dan Azri sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.

MENARIK:  Farhan Nordin Terpaksa Meniaga Air Kopi Di Tepi Jalan Selepas Setahun Tanpa Tawaran Kerja

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale