[ad_1]
Pelakon, Ellie Suriaty menegaskan dia tidak berniat untuk membuka aib rakan artis, Aman Graseka sebaliknya ingin mendedahkan situasi sebenar.
Tahu perkara sebenar!
Menerusi temu bual di Melodi, Ellie menyatakan dia ingin mempertahankan pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera yang teruk dikecam selepas memuat naik hantaran dengan niat ingin membantu Aman.
Kata Ellie, dia juga merasakan tidak wajar apabila Aman dituduh sebagai suami dan bapa tidak bertanggungjawab kerana ‘meminta sumbangan wang ringgit’ kepada rakan industri.
Saya bersuara bila tengok kenyataan Shiera dihentam teruk. Kita tahu perkara sebenar. Ini bukan berkenaan masuk campur tetapi bila kita tahu kedua-dua perkara, kita mesti cakap sesuatu yang benar.
Shiera adalah seorang yang sangat pemurah dan dia memang suka tolong kawan-kawan. Apabila netizen mula mengutuk Aman Graseka mengatakan seorang suami tak bertanggungjawab, bapa tak bertanggungjawab, tak manis la.
Sebab itu saya cakap yang hubungi kami (rakan industri) adalah isteri dia, bukan Aman Graseka. Apabila kita dituduh menolong tetapi mengabaikan, perkara itu tak benar. Kita bukan menolong, lepas itu nak mengungkit atau memalukan orang. Isunya di sini bila kita dihubungi tetapi apabila hubungi semula tak diangkat. Bukan Aman Graseka yang hubungi tetapi isteri dia!
Jangan bawa isteri ke set
Selain itu, pengarah berumur 54 tahun juga mengingatkan Aman untuk tidak membawa isteri, Reena Arina ke set penggambaran.
Aman Graseka adalah seorang pelakon yang berbakat. Itu adalah punca pendapatan dan punca rezeki dia. Isteri dia harus istiqamah untuk dia bekerja dengan aman sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Jadi nasihat saya tak payah bawa isteri itu datang set penggambaran.
Dalam pada itu, Ellie menekankan urusan rumah tangga harus diketuai oleh suami bukan isteri yang mengarah sehingga menuju ke arah keburukan.
Saya minta maaf kepada Aman Graseka. Saya tidak ada niat untuk mengabaikan. Pada saya, apabila perkara ini berlaku, ia terbongkar dengan kehendak Allah SWT. Pasti ada hikmah.
Jadi dalam sebuah perkahwinan, isteri tak boleh jadi imam. Di mana dia ada suami, dia harus ikut imam dia. Bukan dia yang mencatur sampai perkara jadi entah apa-apa. Saya harap Aman Graseka lead the wife, bukan wife lead him.
Sebelum ini, Shiera memuat naik hantaran di Instagram memaparkan tangkap layar mesej yang diterimanya daripada Aman, meminta bantuan untuk rezeki anak-anaknya.
Semoga pagi Jumaat ini ada rezeki anak-anak hambar nak buat makan.
[ad_2]