Aktres Erra Fazira tampil memberi respon tentang harapan netizen agar dia kembali berumah tangga dengan bekas suami, Engku Emran demi anak perempuan mereka iaitu Engku Aleesya.
Artikel berkaitan: Erra Fazira Jawab Gosip Gambar Perkahwinan Tergantung Di Dinding Rumah – ‘Itu Fitnah’
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dah Cuba Yang Terbaik Dalam Percintaan, Tapi Allah Dorong Ke Arah Lain’ – Erra Fazira
‘Siapa saya nak tolak takdir’
Menerusi temu bual bersama Melodi, Erra tidak menolak sekiranya Tuhan takdirkan jodoh mereka untuk kembali bersama namun dia tidak ada niat ke arah itu.
Macam ni lah. Masing-masing ada cerita masing-masing. Kita nak cakap A Allah kata B nanti susah. Nak kata B Allah kata C nanti susah.
Saya pun tak pandang ke arah itu. Apa-apa sekalipun, saya percaya Allah aturkan kalau itu takdirnya siapa saya nak menolak tetapi saya tidak pun melihat ke arah itu.
Sekarang ini saya bahagia. Orang ada sepuluh mulut, sepuluh bunyi tapi kita tahu dan selebihnya sepuluh bunyi pun akan kalah dengan satu ketentuan Allah.
Ketika dan saat itu berlaku Allah keraskan hati saya, tidaklah ia berlaku. Tiba-tiba satu suara je cuit, terlembut pula hati wallahualam.
Dalam pada itu, Erra berkata, dia bahagia dengan kehidupan sebagai ibu tunggal dan tiada apa yang dapat menandingi ketenangan yang dirasai pada saat ini.
Alhamdulillah. Allah tengah memberi saya nikmat rasa tenang dan bahagia itu. Pada masa sekarang ini, kita bukan nak apa. Dalam hidup ni kita tahu wang ringgit tu boleh cari tapi ketenangan dan kebahagiaan itu susah nak cari walaupun ada duit banyak tapi tak ada kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan pun tak ada guna jugak.
Ataupun ada semua tapi tiada kesihatan pun tak berguna jugak. Doakan lah yang terbaik buat saya di dunia dan di akhirat. Saya sangat menghargai sokongan dan doa itu.