Home Trending Ezzanie Jasny Menjawab Tuduhan Hubungan Romantis Dengan Noki K-Clique – ‘Dia Salah Seorang Kawan Lelaki Saya yang Paling Rapat’

Ezzanie Jasny Menjawab Tuduhan Hubungan Romantis Dengan Noki K-Clique – ‘Dia Salah Seorang Kawan Lelaki Saya yang Paling Rapat’

0
Ezzanie Jasny Menjawab Tuduhan Hubungan Romantis Dengan Noki K-Clique – ‘Dia Salah Seorang Kawan Lelaki Saya yang Paling Rapat’

[ad_1]



Baru-baru ini tular hantaran dimuat naik pelakon meningkat naik, Ezzanie Jasny yang dilihat keluar berdua bersama ahli kumpulan K-Clique iaitu Noki sehinggakan ramai yang berteka-teki mengatakan kedua selebriti itu sedang hangat bercinta.

Terbaharu, Ezzanie tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai hubungan istimewa bersama Noki.

‘Hanya sekadar kawan’

Ketika ditemui , Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny berkata, Noki merupakan antara selebriti lelaki yang paling rapat dengannya buat masa ini.

Menurut pelakon berusia 25 tahun itu, dia mula berkenalan dengan Noki sewaktu penggambaran drama lakonannya bersama MK K-Clique yang berjudul ‘I Love You, Stupid’.

Saya dan Noki hanya kawan saja, tak lebih daripada itu. Kami pun tak ada ‘declare’ apa-apa yang serius di antara kami.

Dan ya betul, Noki merupakan antara kawan lelaki yang paling rapat dengan saya dalam industri seni.

Saya mula kenal Noki sewaktu saya buat drama ‘I Love You, Stupid’ dengan MK. Waktu itu, Noki selalu datang ke lokasi penggambaran dan dari situlah kami mula berkenalan.

Kebetulan pula Noki juga merupakan kenalan rapat kepada sepupu saya, jadi dari situ kami mula rapat.

Ezzanie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media drama lakonannya yang berjudul ‘Layang-Layang Perkahwinan’ yang diadakan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Ezzanie memaklumkan bahawa dia kekal tenang meskipun ramai yang membuat andaian dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Noki.

Bila ramai yang komen begitu saya okay je sebab memang betul saya dan Noki hanya berkawan dan tiada apa-apa hubungan.

Saya hormati saja pendapat netizen, apa yang mereka mahu fikirkan saya okay saja tapi yang pasti saya dan Noki hanya berkawan.

Ketika ditanya mengenai hubungan percintaan dan perkahwinan, pelakon drama ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ ini menjelaskan bahawa dia masih belum berfikir ke arah itu memandangkan masih baharu dalam industri lakonan.

Saya masih mahu bekerja lagi pula saya masih baru menapak di dalam industri tanah air kita.

Saya rasa saya perlukan masa untuk ke arah itu (perkahwinan).

Terdahulu, tularnya beberapa keping gambar mesra Ezzanie dan Noki yang difahamkan keluar bersama di sebuah pasar raya terbesar di ibu kota.

The following two tabs change content below.

[ad_2]