Pelakon, Fadlan Hazim mendedahkan dia pernah mengamalkan diet ekstrem untuk menjayakan wataknya dalam sebuah filem aksi.
Diet yang salah
Menerusi temu bual bersama Maskulin, Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar berkata selama empat hari dia tidak minum air demi mendapatkan bentuk badan yang sesuai seperti yang diminta oleh pihak produksi.
Pertama kali saya buat filem aksi, mereka minta saya..’we need your abs in the frame, we need to see your nice body’.
Mungkin pada ketika itu saya tak betul-betul belajar lagi diet tu macam mana. Kemudian saya tengok ramai model dan sebelum itu pun saya juga seorang model..jadi kami selalu ‘cut air’. Sebenarnya kalau nak ‘cut air’ untuk dua hari bolehlah. Tapi saya buat empat hari.
Bagaimanapun, diet ekstrem tersebut telah menyebabkan pelakon berusia 32 tahun ini pengsan sewaktu penggambaran dijalankan.
Semasa sesi penggambaran, saya pengsan dalam set sebab saya tak minum air. Itu yang paling ekstrem.
Dalam masa yang sama, Fadlan menasihati orang ramai agar tidak melakukan diet seperti itu kerana membayakan kesihatan.
Jangan buat macam tu okay, nak ‘cut carbs’, gula boleh..tapi jangan ‘cut’ air.
Walaupun terdapat pelbagai jenis diet yang boleh diamalkan, tidak semestinya semuanya sesuai dengan penerimaan tubuh badan kita. Malah, ada yang boleh mengancam kesihatan sendiri. Dengarkan pengalaman yang dikongsi pelakon, Fadlan Hazim. fadlanhazim diet fitness maskulin majalahmaskulin
? original sound – Maskulin – Maskulin