Nama semakin dikenali dengan lagu ‘Terbaring lagi di taman…’ iaitu penyanyi Fahimi memberitahu teruja dapat menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini bersama keluarga tersayang.
Persiapan hari raya
Berkongsi tentang persiapan raya, selain membantu dalam mengemas rumah, dia hanya bersederhana dalam mempersiapkan diri sendiri.
Persiapan raya macam biasa malam raya tu kemas-kemas rumah, isi kuih dalam balang untuk dihidangkan esok pagi.
Kalau macam saya masih single belum berkahwin lagi, jadi saya tak pening nak siapkan anak bini hanya persiapkan diri sendiri saja.
Menurut jejaka berusia 27 tahun ini, dia akan beraya di negeri Selangor, Johor, Melaka dan di Kuala Lumpur.
Tahun ini saya akan sambut raya di Shah Alam bersama ibu bapa dan keluarga saya. Lepas tu di sebelah mak saya di Muar, Johor dan di Melaka. Untuk raya ketiga pula di sebelah bapa saya iaitu di Kuala Lumpur.
Beraya dengan adik-beradik
Disoal tentang perkara yang paling dinanti-nantikan tentang sambutan Aidilfitri tahun ini, Fahimi tidak sabar untuk menyambut bersama adik-beradik lain.
Perkara yang saya excited masa raya ada banyak sebenarnya. Antaranya dapat duit raya tapi bagi saya yang paling seronok apabila dapat berkumpul dengan adik beradik sebab kami dah lama tak berjumpa. Kalau jumpa pun sekejap je jadi bila beraya ni dapat menziarah rumah ke rumah bersama-sama.
Tahun ini adik beradik yang dah berkahwin giliran mereka beraya di rumah keluarga saya dan itu membuatkan saya rasa lagi seronok.
Tidak lengkap hari raya tanpa makanan dan kuih raya dan Fahimi sangat menggemari masakan ibunya sendiri iaitu daging dendeng.
Makanan favorite saya masa raya tak lain tak bukan adalah kuih semprit dan cornflake madu. Selain tu, kalau raya memang saya akan cari cookies.
Tapi makanan paling favorite sepanjang masa adalah mak saya punya daging dendeng. Itu yang paling saya tunggu-tunggu bila raya.