Farid Kamil Merancang untuk Membawa Anak-Anak Beraya Di Kampung dan Berharap Dapat Mengajak Ibu Mereka Sekali Jika Memungkinkan

Shopee CNY Sale



Pelakon, Farid Kamil mendedahkan dia ada merancang untuk membawa kedua anaknya, Muhammad dan Aurora untuk pulang beraya di kampung sempena Hari Raya Aidiladha pada Jun akan datang.

‘Harap dapat bawa ibu mereka sekali’

Farid memaklumkan sudah menjadi satu tradisi dan juga kebiasaan untuknya sekeluarga beraya bersama-sama di kampung.

Kita ada merancang perkara tersebut (membawa anak-anak pulang ke kampung) untuk beraya di kampung seperti biasa.

Ini kerana, ia telah menjadi satu tradisi, satu kebiasaan setiap kali beraya untuk berada di kampung.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu turut berharap dapat membawa isterinya, Diana Danielle pulang beraya di kampung bersama anak-anaknya.

Dan saya berusaha untuk membawa anak-anak saya balik (ke kampung) dan harapan saya adalah untuk membawa isteri saya juga bersama, insya-Allah.

Farid meluahkan harapannya itu ketika ditemui ketika prosiding pendengaran inter-parte bagi kes hadanah berhubung hak jagaan sementara kedua anaknya.

Pada pagi Selasa, Farid dan Diana hadir bagi mendengar proses hadanah berhubung kes jagaan sementara kedua anak mereka, Muhammad dan Aurora.

Namun, proses tersebut masih belum mencapai jalan penyelesaian dan keputusan mengenai prosiding tersebut akan diputuskan pada 8 Ogos akan datang.

Terdahulu, pada 25 Mei yang lalu, prosiding sulh antara pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil yang membabitkan hak jagaan anak-anak mereka masih belum selesai dan masih belum menemui jalan penyelesaian.

MENARIK:  Pengalaman Seorang Chef di 7-Eleven Malaysia Dibongkarkan

Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Pada 20 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan aktres itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale