Pelakon Fasha Sandha akui tidak kisah sekiranya babak panas dan aksi atas ranjang yang dilakonkan dalam drama bersiri Rampas Cintaku 2 tular dan dikritik netizen.
Adegan atas ranjang
Ketika ditemui , Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata dia menganggap tindakan netizen menularkan babak tersebut sebahagian daripada pemasaran percuma atau ‘free marketing’.
Sekiranya ada netizen yang viralkan babak tersebut, itu akan menjadi sebahagian daripada free marketing untuk drama ini.
Di zaman sekarang wujud kuasa viral, saya hanya menjalankan tugas saya sebagai pelakon dan menjayakan watak sahaja.
Tetapi kalau babak itu menjadi kegemaran penonton, saya tidak boleh nak halang. Mungkin mereka lebih tertarik dengan babak itu sedangkan ada babak lain.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Rampas Cintaku 2 yang berlangsung di TGV Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam masa sama, isteri kepada aktor Aidil Aziz itu berkata dia menyerahkan kepada penonton untuk menilai babak tersebut kerana percaya ada nilai dan pengajaran yang ingin disampaikan.
Setiap naskhah pastinya ada mesej yang ingin disampaikan dan sudah pasti saya ingin menyampaikan mesej itu melalui lakonan dan skrip yang dilontarkan.
Tetapi saya percaya akan ada penonton yang akan menerima secara positif dan negatif. Terpulang kepada hak mereka untuk menilai. Drama ini banyak pengajaran dan nilai murni yang ditonjolkan.
Selain Fasha, drama terbitan MIG Production itu turut dibarisi Erra Fazira, Zamarul Hisham, Keith Foo, Afieq Shazwan, Puteri Balqis dan ramai lagi.
Rampas Cintaku 2 sudah disiarkan di platform penstriman Over The Top (OTT) iQIYI Malaysia, bermula 19 Januari 2023.