Pelakon Fathia Latiff sekali lagi menuai perhatian ramai apabila berkongsi foto bersama aktor Aiman Hakim Ridza di Instagram (IG) miliknya.
Buat dulu permohonan maaf
Menerusi akaun miliknya, Fathia memuat naik foto didukung dan memeluk erat suami kepada pelakon, Zahirah MacWilson. Namun, foto itu difahamkan ketika mereka bercinta sekitar tahun 2013.
Selain itu, wajah Fathia, 36, seakan disunting kerana jauh berbeza daripada keaslian.
Berdasarkan kapsyen, Fathia menulis, ‘akan berhenti selepas awak (Aiman) meminta maaf kepada saya di khalayak ramai.‘ (will stop after you apologies to me in public)
Komen kena kecam
Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff untuk berhenti daripada menggangu kebahagiaan rumah tangga Aiman dan Zahirah.
Di samping itu, ada juga wargamaya yang bersimpati dengan keadaan kesihatan pelakon drama Darah Panas.
Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.
Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira di Instagram pada pertengahan Disember lalu.