Fatimah ‘The Family UK’ Mengalami Pendarahan Selepas Prosedur Biopsi Operasi

Shopee CNY Sale



Ibu kepada personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ iaitu Nor Ashila Mahamed Ismail memberitahu keadaan kesihatan anaknya semakin lemah sejak dua hari yang lalu.

Mengalami pendarahan

Menurut Ashila, Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas.

Hari ini sudah masuk hari kelapan Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti. Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas.

Tambah Ashila, anaknya itu ditempatkan di hospital di Birmingham sejak Mac lalu. Sebagai ibu, Ashila berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan Fatimah.

Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami yang kini masih lagi berada di hospital.

Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.

Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata2 semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.

Ashila berkongsi berita tersebut menerusi akaun Instagram The Family UK, pagi tadi.

MENARIK:  Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Jemaah Perempuan yang Enggan Rapatkan Saf Di Masjid

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale