Fatin Afeefa Menjawab Dakwaan Bahawa Dia Telah Melahirkan Anak Opai – ‘Saya Tidak Sanggup Berkongsi’

Shopee CNY Sale



fatin afeefa

Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa tidak mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan yang mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata hasil perkahwinan terbaharu dengan pempengaruh, Aliff Awang.

Sudah bersalin?

fatin afeefa

Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, berkata dia akan berkongsi mengenai berita gembira itu apabila sudah tiba masa yang sesuai.

Doakan yang baik-baik. Insya-Allah semoga yang baik-baik juga untuk saya dan keluarga.

Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara itu (sudah bersalin). Tetapi insya-Allah saya akan kongsi dalam masa terdekat ini.

Fatin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.SOULLE yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, pada Sabtu.

Terdahulu, timbul desas desus mengatakan Fatin sudah selamat bersalin. Bagaimanapun tidak ada kesahihan mengenai berita tersebut.

Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

MENARIK:  Hubungan Ameerais Nafi Forteen Dan Izzue Islam Masih Baik Meskipun Mereka Bermasam Muka Dalam 'Noktah Epilog Cinta'

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale