Setelah hampir beberapa bulan berdepan kemelut keluarga, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman seakan memberi bayangan pergaduhan tersebut sudah pun berakhir.
‘Upload’ gambar anak-anak
View this post on Instagram
Menerusi Instagram (IG), Fauziah dilihat memuat naik video memaparkan beberapa gambar dirinya bersama anak-anak sambil menggunakan lagu nyanyian kumpulan Repvblik yang berjudul ‘Sayang Sampai Mati’.
Di ruangan kapsyen, ibu tunggal berusia 57 tahun itu menitipkan ucapan terima kasih dan rasa syukur seakan memberi bayangan anak-anaknya sudah pun berbaik selepas kemelut yang melanda kurang lebih setahun lalu.
Terima kasih anak-anak mak, Alhamdulillah.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar keluarga bahagia ini berbaik dan dapat disatukan semula selepas kemelut yang melanda mereka.
Sekadar info, perang antara adik beradik Shila Amzah menjadi perhatian ramai apabila pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Walau bagaimanapun, kenyataan Shila itu telah dinafikan dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.
Dakwa Syafiq, tujuan kakaknya itu mahu menjual rumah adalah disebabkan oleh wang manakala Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau keluar dari rumah dan dilayan persis haiwan jalanan.
Bukan itu sahaja, isu itu juga membuatkan Fauziah mengeluarkan kenyataan mengatakan dirinya seakan sudah tidak mengenali diri anaknya, Shila.