Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz sudah berlaku curang terhadapnya lebih daripada lapan kali.
Lebih mengejutkan, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan suaminya itu turut berlaku curang bersama adiknya iaitu, Eriqa Astillah.
Followers semakin meningkat
Terbaru, menerusi pemerhatian pihak jumlah pengikut Eriqa Astillah kelihatan semakin meningkat susulan pendedahan yang dilakukan oleh kakaknya itu.
Lebih mencuri tumpun netizen, Eriqa telah menulis ‘A sinner’ iaitu seorang pendosa di ruangan bio miliknya.
Sila unfollow akaun ini, terima kasih.
Terdahulu, Bella mendedahkan bahawa Aliff dan Eriqa ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2022.
Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya iaitu Eriqa.
Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah bagitahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga bagitahu.
Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada mesej mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka. Dia ada temankan Aliff ke Gegar Vaganza.
Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Pasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung.
Ada ibu, bapa, dan adiklah. Terpaling teruk dan saya kesali, saya buang adik, tak buang Aliff.