Fyza Kadir Menyedari Kurang Bakat Berlakon Selepas ‘Shooting’, Akhirnya Menangis

Shopee CNY Sale



fiza kadir 2

Pempengaruh dan pelakon Fyza Kadir nekad untuk tidak meneruskan karier dalam bidang lakonan selepas menceburi pada tahun 2011.

Balik mesti menangis

ARIANI

Ketika ditemui , Fyza mengakui tidak berbakat namun Pengarah Urusan MIG, Mejar (K) Datuk David Teo mahu menjadikannya sebagai seorang aktres.

Kata Fyza, dia hanya mampu bertahan selama setahun dan kemudian memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan suami, Ahmad Feruz Zainal Abidin.

Sebenarnya masa saya jumpa David Teo, dia kata saya ada rupa sikit… dia kata saya boleh jual, why not cuba. Jadi saya cuba la tapi saya tak ada bakat. Jadi saya berhentilah.

Sebab setiap kali selesai satu babak, saya balik mesti menangis. Ia sangat sukar untuk saya nak buat (berlakon). Jadi, no more la. Lagipun saya ini pemalu, suara pun tak keluar.

Saya jadi takut bila ada ramai lelaki. Memang lepas saya kahwin terus berhenti berlakon.

Fyza ditemui ketika di sidang media Raya Ariani 1001 Tales yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tak pandai berlakon

fiza

Dalam pada itu, Fyza turut mendedahkan dari awal lagi dia sudah memberitahu David Teo mengenai dirinya yang sememangnya tidak pandai berlakon.

Ada orang beri nama saya kepada David Teo dan dia panggil saya datang ke pejabatnya. Tapi awal-awal lagi saya dah beritahu yang saya memang tak pandai berlakon.

Tapi dia jumpa saya hari ini, esoknya dah ada job dah. Masa itu saya fikir, ‘Ya Allah apa nak jadi dengan saya ini.’ Dia dah buat keputusan nak juga saya, tak kira macam mana… saya kena berlakon saja.

Untuk rekod, Fyza pernah membintangi beberapa filem antaranya Nongkrong, Ajiboy, Pe3 dan Senario Ops Pocot.

MENARIK:  Baby Shima Memberi Penjelasan Mengenai Video Bergelek Di Kelab Malam - 'Saya Dijemput Buat Persembahan'

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale