Penyanyi Hael Husaini mendakwa ramai pendatang baharu dalam dunia seni takut bekerjasama dengannya apatah lagi menjadi rakan duet untuk menghasilkan sesuatu karya bersama.
Artikel Berkaitan;
Nak jalin kerjasama
Menerusi temu bual bersama Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 37, berpendapat perkara itu terjadi mungkin disebabkan dia dilihat sebagai artis senior sehingga mereka yang lain takut mendekatinya. Ujar Hael, dia sentiasa terbuka menjalinkan kerjasama dengan mana-mana artis tidak kira masih baharu atau pun lama.
Ada yang rasa takut nak beri lagu kepada saya mungkin mereka anggap saya salah seorang artis yang sudah lama menapak dalam industri seni.
Kalau boleh saya nak bekerjasama dengan ramai artis dan komposer terutamanya Adnan Abu Hassan, Helen Yap yang pernah menjadi idola saya.
Bercerita lebih lanjut, Hael yakin kerjasama dengan pelbagai pihak akan membuatkan lagu yang dihasilkan lebih menarik sekali gus dapat mengembangkan perjalanan karier muziknya.
Jelas pelantun suara ‘Jampi’ in lagi, dia sendiri tidak melihat dirinya sebagai seorang yang sudah cukup hebat sebagai penggubah lagu dan penulis lirik malah terbuka untuk belajar dengan orang lebih berpengalaman.
Sepanjang kerjaya dalam bidang seni, saya lebih suka bekerjasama dengan pelbagai komposer, penerbit baru atau lama sebab bagi saya lebih banyak idea yang saya akan dapat.
Bagi memperbaiki diri sendiri juga, saya perlu bekerjasama dengan ramai pihak agar muzik yang dihasilkan lebih baik dan ke hadapan.
Hael ditemui pada majlis pelancaran album perdananya yang berjudul Antonim Part 1, di The Bee, Kuala Lumpur, baru-baru ini.