[ad_1]
Di Instagram Story, pelakon kacak, Hafreez Adam menunjukkan bukti tangkap layar di mana ada individu mahu menawarkannya sebagai ‘anak ikan’.
RM300k untuk jadi ‘anak ikan’
Menerusi perkongsian tersebut, individu terbabit dilihat sanggup membayar RM300,000 kepada Hafreez untuk menjadi ‘anak ikan’.
Hi I nak offer u 300k jadi anak ikan bukan nak scam u hahaha I serious. Boleh reply dm ni.
Tidak berdiam diri, pelakon drama ‘Gadis Muzikal’ itu turut membalas kiriman tersebut.
Kaya ea. Nak buat sumbangan dekat rumah kebajikan tak? I have contacts.
Pada masa yang sama, Hafreez tidak menyangka bayaran untuk menjadi ‘anak ikan’ semahal itu ditawarkan.
Mahal juga ea bayaran rupanya.
Terdahulu, Hafreez Adam mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita. Menurut Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 32, dia memaklumkan hubungannya dengan wanita tersebut masih di fasa awal. Oleh sebab itu, dia tidak mahu bercerita lebih lanjut sebaliknya, mengambil langkah tertutup.
[ad_2]