Haneesya Hanee Gigil Mengambil Peranan Di Kelab Malam – ‘Selepas Berlakon, Saya Terus Menuju Ke Tandas’

Shopee CNY Sale



Pelakon Haneesya Hanee mengakui dia berasa menggigil selepas membaca keseluruhan skrip drama ‘Aku Bukan Ustazah’ yang sedang bersiaran di TV3, sekarang.

Artikel berkaitan: Viral Foto Didakwa Mempersendakan Agama, Haneesya Hanee Bidas Kecaman Netizen

Artikel berkaitan: ‘Harap Bakat Kami Masih Diterima’ – Kontroversi Kelab Malam, 2 Lagi Bekas Finalis Mohon Maaf

Trauma ingat kisah lampau

Menerusi temu bual bersama Haneesya yang memegang watak sebagai Sally berkata, dia akan menangis selepas melakonkan babak mabuk dan berada di kelab malam kerana trauma mengingati kisah lampau.

Watak jahat ni sebenarnya senang. Saya dapat skrip lambat pada mulanya dan tak sempat baca habis. Selepas buat beberapa episod awal, saya dah rasa macam berbelah bahagi nak atau tak nak buat sebab banyak babak memerlulan saya mabuk dan berada di kelab malam.

Bagi saya kalau satu babak boleh toleransi, banyak tak boleh. Saya dah menangis-nangis dah. Habis berlakon babak mabuk, saya terus akan menggigil dan pergi ke tandas. Tanya mak saya.

Bercerita lebih lanjut, Haneesya memberitahu dia sedar nama dan imejnya sudah lama terjejas berikutan isu yang berlaku selepas program Dewi Remaja edisi 18/19.

Saya sedar imej saya memang dah buruk. Saya sedikit trauma dengan netizen. Saya tak boleh jangka komen netizen selepas insiden itu. Memang sebagai pelakon saya kena kental, tapi ada kalanya cuba mereka duduk di tempat saya.

Betapa susahnya nak hadap semua ini. Tipulah kalau saya kata komen mereka tak meninggalkan kesan terhadap saya. Apatah lagi, bila drama ini keluar. Orang akan kata ‘ehh ni bukan budak dewi…memang sesuailah dia pegang watak macam ni’. Saya takut dan tak sanggup hadap kecaman seperti itu.

Disoal mengenai pendedahan kisah hidupnya dalam sebuah sesi podcast, baru-baru ini, Haneesya memberitahu ibunya terpaksa menggadai barang kemas susulan dia tidak mempunyai ‘job’ hampir setahun.

Apa yang dalam podcast itu benar. Saya tiada job setahun. Sejak dewi dah kurang job walaupun selepas itu saya menang Artis Baharu Popular di ABPBH 32.

Mungkin mereka ingat saya ‘demand’. Saya juga pernah dapat tawaran watak utama, tapi cerita itu tak naik.

Haneesya yang ditemui di majlis sambutan Ulang Tahun TV3 yang ke-40 bertempat di Muzium Telekom, Kuala Lumpur, semalam, turut memberitahu dia yakin dan percaya bahawa rezeki Allah SWT itu luas.

MENARIK:  Marissa Dania Dipanggil sebagai Penyondol, Abby Abadi Membalas – ‘Dia Harus Menerima Konsekuensinya’

Terdahulu, Haneesya pernah terpalit kontroversi apabila dituduh meraikan kejayaannya di sebuah kelab malam ekoran daripada beberapa foto dan video yang tersebar. Namun bagaimanapun, kes tersebut sudahpun selesai apabila gelaran Juara Dewi Remaja ditarik balik oleh pihak penganjur.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale