Pelakon Hannah Delisha memberitahu impiannya untuk memiliki cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran.
Alami keguguran
Hannah yang berkongsi berita duka itu menerusi satu ciapan di aplikasi X, turut berharap perkongsiannya itu sedikit sebanyak dapat memberikan semangat buat wanita yang pernah mengalami keguguran.
Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini. Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah mengalami keguguran.
Bukan itu sahaja, dia turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan serta kekuatan dalam menempuhi dugaan yang diterima serta berharap dapat bertemu anaknya itu di syurga kelak.
Kesedihan yang tidak tertanggung dialami oleh ramai wanita tetapi tidak dikongsi. Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini ia dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian.
Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketenangan serta keselesaan. InsyaAllah jumpa di syurga nanti sayang.
Terdahulu, Hannah memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang dirawat di hospital.