Hari Raya Aidilfitri Tanpa Ibu Tercinta: Fahrin Ahmad Berkongsi Pengalaman ‘Repeat’ Semula Baju Melayu Koleksi 10 Tahun Dulu

Shopee CNY Sale



Sambutan hari raya Aidilfitri pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad berbeza pada tahun ini selepas kehilangan ibu tersayang.

Artikel berkaitan: WHI Tayang Segmen Khas Untuk Siti Sarah, Fahrin Ahmad Nangis Masa Mengacara – ‘Berdamailah Dengan Takdir’

Artikel berkaitan: ‘Belajar Tinggi-Tinggi Tup Tap…’ – Keluarga Bising Dr Say Jadi Pelakon, Ini Nasihat Fahrin Ahmad

Raya pertama tanpa ibu tersayang

Menurutnya, dia akan beraya bersama isteri dan anak di sekitar Lembah Klang sahaja.

Persiapan raya tahun ini yang paling ringkas sekali dan berbeza sebab saya beraya tanpa ibu saya. Ibu saya meninggal September tahun lepas. Jadi keluarga pun jadi makin kecil.

Kalau beraya pun di KL sahaja. Balik beraya di rumah ibu mentua di Shah Alam dan ayah saya pula di Kajang. Adik-beradik saya pun di KL. Jadi nampaknya kami akan sambut hari raya di sini sahaja.

Pakai semula baju melayu lama

Berkongsi tentang persiapan pakaian raya, Fahrin hanya memakai semula baju melayu yang pernah dipakai pada tahun-tahun sebelumnya.

Persiapan saya tiap tahun macam biasa, baju raya semua warna dah ada koleksi sejak 10 tahun dulu ada lagi dan nampak elok.

Jadi saya akan tanya warna tema baju isteri dan anak, cari warna sama dah selesai. Saya repeat je sebab bukan pakai baju melayu hari-hari pun. Kalau persiapan lain serba ringkas sahaja.

Malah, dia juga tiada perancangan untuk membuat rumah terbuka memandangkan tawaran kerja tidak putus-putus sejak bulan Ramadan.

Tahun ini tiada rumah terbuka sebab dapat banyak tawaran kerja yang berlarutan daripada sebelum puasa sehingga selepas hari raya.

MENARIK:  Menutup Kesenjangan Perawatan, Fokus Hari Kanser Sedunia pada Peningkatan Kesedaran tentang Kanser dan Penjagaannya

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale