Semalam, isteri kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah mencuri perhatian warganet apabila dia memuat naik satu gambar bersama seorang lelaki di atas pelamin.
Pegang sejambak bunga
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Hidayah atau nama sebenarnya Nor Hidayah Mohd Ali kelihatan memegang sejambak bunga berserta mengenakan baju berona biru gelap yang sedondon dengan lelaki tersebut.
Walau bagaimanapun, identiti lelaki tersebut masih belum diketahui kerana dia berdiri membelakangi kamera.
Apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah kapsyen Hidayah yang hanya menggunakan emoji hati yang berwarna biru.
Komen warganet
Berdasarkan pemerhatian rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Hidayah serta meluahkan rasa gembira.
Bukan itu sahaja, ada juga yang turut mendoakan semoga segala urusan Hidayah dipermudahkan.
Untuk info, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 5 tahun.
Pada 10 Februari 2020, pelawak tersebut dilaporkan meninggal dunia akibat demam panas.