Pelakon Hisyam Hamid akhirnya membuka mulut mengenai desas desus keretakan rumah tangganya dengan isteri, Rosmawati Hanafi.
Sah cerai
Ketika ditemui Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdull Hamid, berkata dia dan Rosmawati sudah sah bercerai namun enggan mendedahkan tarikh.
Kata Hisyam, dia dengan Rosmawati atau lebih mesra disapa Mel akui selesa menjalinkan hubungan sebagai kawan baik sahaja.
Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Lebih daripada itu saya tak pasti, masa yang akan tentukan.
Saya tak nak sebab satu titik hitam yang berlaku, musnahkan segalanya. Masing-masing dah minta maaf. Buat masa ini, jalan terbaik adalah dengan tidak lagi menjadi suami isteri.
Hisyam berkata demikian ketika di Sidang Media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju yang berlangsung di Zebra Square pada petang Khamis.
Sementara itu, Hisyam yang berusia 39 tahun itu akui dia dan Mel ingin melupakan perkara yang terjadi selain mahu meneruskan kehidupan masing-masing.
Dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, sepanjang 20 tahun itu tak semua negatif dan banyak perkara baik yang berlaku.
Itu adalah pengorbanan besar yang paling besar bagi seorang wanita melahirkan anak-anak.
Dalam pada itu, Hisyam berkata sebelum ini dia mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut berhubung isu rumah tangganya kerana tidak mahu menjejaskan anak-anaknya.
Terdahulu, Hisyam memilih untuk tidak mengulas kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama anak-anak.
Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.