Hubungan Kawan Aida dan Ruhainies Baik Walaupun Ruhainies Dikecualikan Daripada Berlakon

Shopee CNY Sale



A Aida

Penerbit terkenal, Datuk A Aida memberitahu meskipun sudah senarai hitam atau ‘blacklist’ nama aktres Ruhainies daripada berlakon dalam produksinya, namun hubungan mereka sebagai rakan industri masih baik.

Hubungan masih baik

A Aida

Menurut A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, dia bersikap profesional terutama perkara yang melibatkan dengan kerja. Bagaimanapun, ukhwah sesama manusia masih dijaga.

Saya memang ‘blacklist’ Ruhainies kerana apa yang salah tetap salah. Tetapi hubungan sebagai rakan industri yang sudah dianggap adik dan kakak tidak putus apabila kami berjumpa.

Jika kami berjumpa di luar kami tiada masalah. Boleh salam-salam, peluk-peluk, cium-cium. Saya okay sahaja dengan Ruhainies.

Cumanya apabila melibatkan kerja, saya sangat profesional. Kerana jika ada artis yang terbabit dengan isu sensitif dan memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat, memang saya ‘blacklist’.

Sama seperti dahulu, yang mana jika artis terlibat dengan dadah atau sebagainya mereka tetap akan di ‘blacklist’ dengan stesen TV. Bagus juga, kerana dapat dijadikan pengajaran untuk artis yang lain.

Sementara itu, A Aida berpendapat tindakan ‘blacklist’ artis bermasalah dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada penggiat seni yang lain.

Dulu RTM kalau ‘blacklist’ artis selama dua hingga tiga tahun. Tidak silap saya lah. Jadi bagi saya kalau boleh dikuatkuasakan semula. Sebab artis sepatutnya jadi tauladan kepada masyakarat.

Kalau artis yang terlibat dengan masalah dadah atau tangkap basah tapi tidak diberikan sebarang tindakan, maka artis lain mungkin beranggapan tidak mengapa jika mereka juga terlibat dengan masalah.

Dalam pada itu, disoal selama mana tempoh akan ‘blacklist’ seseorang artis, A Aida menjawab bergantung kepada keadaan serta situasi sesama.

Untuk saya mungkin lagi setahun atau dua tahun. Kalau suasana dah kembali reda balik, mungkin saya berhenti ‘blacklist’ pada seseorang artis itu.

Saya tidak mahu nanti jika ambil artis yang nama mereka masih panas, akan beri kesan buruk kepada produksi dan karya saya. Sekarang zaman netizen, saya perlu berhati-hati.

Terdahulu, A Aida nekad senarai hitam nama Ruhainies daripada membintangi mana-mana naskhah miliknya susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan aktor Aliff Aziz.

MENARIK:  Kanak-Kanak Berusia Dua Tahun Ditemui Dalam Peti Sejuk

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale