Ibu Aliff Aziz Dibandingkan Dengan Watak ‘Halijah’ Kerana Dituduh Suka Campur Isu Rumah Tangga Anak oleh Netizen

Shopee CNY Sale



Didakwa lantang bersuara mengenai kontroversi yang melanda rumah tangga anak, ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menerima kecaman yang teruk daripada netizen.

Terbaru, wanita itu dituduh campur tangan dalam urusan rumah tangga anak menantunya dan didakwa membela anak lelakinya itu.

Macam watak Halijah?

 

Di TikTok, warganet turut menyamakan personaliti Hafiza seperti watak Halijah yang dilakonkan oleh Fazlina Ahmad Daud menerusi drama Rindu Kasih 2.

Ujar netizen, sebagai seorang ibu, Hafiza seharusnya berdiam diri dan tidak mengeruhkan keadaan.

Terdahulu, Hafizah memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk anaknya selepas penyanyi itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah.

MENARIK:  Atikah Suhaime, Isteri Datuk Perniagaan, Terima Mas Kahwin RM300, Viral di Media Sosial

Ketika ditemui Hafiza turut mengajak semua orang untuk berbuat perkara yang baik di 10 malam terakhir Ramadan.

Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.

Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan.

Sementara itu, Hafiza enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram Bella.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale