Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) mendakwa terdapat sebuah filem yang kini sedang ditayangkan di pawagam mengandungi unsur tidak baik terutama kepada kanak-kanak.
Filem dialog carut
JKM menerusi hantaran di Facebook mendakwa dialog yang digunakan dalam filem tersebut tidak sopan selain terdapat banyak babak merokok.
Filem tempatan terbaharu penuh dengan dialog mencarut tanpa henti berselang seli dengan adegan merokok.
Justeru, JKM menasihati ibu bapa mengelak daripada membawa anak-anak bawah umur untuk menonton filem terbabit.
Elakkan membawa anak-anak menonton filem begini.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen bersetuju dan mendakwa filem tersebut tidak sesuai untuk tontonan umum.
Malah, ada segelintir golongan ibu bapa yang mengambil maklum dan cakna dengan perkara berkenaan.