Ibu Bella Astillah Mengundang Rasa Sebak dengan Perkongsian Video – Pesan Untuk Wanita yang Disakiti: ‘Kembali ke Keluargamu Jika Lelaki Itu Menyakiti Hatimu’

Shopee CNY Sale



Kisah rumah tangga pelakon Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz mendapat perhatian ramai selepas penyanyi lelaki kelahiran Singapura itu ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies baru-baru ini.

Video dikongsi ibu Bella

Terbaharu, ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarinah ada memuat naik satu video memaparkan momen-momen dia dan suami bersama anak kesayangannya itu, Bella. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kata-kata yang tertulis pada video tersebut.

Pesan ibu, jika lelaki itu menyakitkan hatimu pulanglah ke pangkuan keluargamu, mereka akan selalu ada untukmu.

Meskipun Zarinah atau lebih mesra dengan panggilan Eina tidak menjelaskan secara terperinci namun hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan berkaitan dengan kontroversi yang membabitkan rumah tangga anaknya.

Terdahulu, media melaporkan suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita iaitu Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

MENARIK:  LBS Memperuntukkan Penjualan Hartanah RM1.8 Bilion pada Tahun 2024

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Einaastillah (@einaastillah)

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale