Ibu Berkongsi Momen Terakhir Bersama Anak Sebelum Tragedi Ditikam 64 Kali

Shopee CNY Sale



Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang ibu apabila anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari meninggal dunia akibat ditikam.

Anak lelaki ditikam 64 kali

Memetik laporan Mirror UK, tragedi berdarah itu berlaku selepas mangsa, Taylor Black yang berusia 18 tahun pulang daripada sambutan hari jadi rakannya di Stockton-on-Tees.

Difahamkan, mangsa ditikam sebanyak 64 kali termasuk 40 kali di bahagian kepala di satu lokasi di UK di mana jenayah pisau tersembunyi sering berlaku.

Susulan daripada itu, seorang individu yang dikenali sebagai Nathan Castello telah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam pembunuhan Taylor. Difahamkan, meskipun Castello pernah mengugut mahu mencederakan Taylor tetapi dia menafikan telah membunuh mangsa. Siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.

Sementara ibu Taylor iaitu Lindsey Allison meluahkan rasa sedih dengan kehilangan anak sulungnya itu. Dia berkata, pelaku bukan hanya membunuh anaknya tetapi juga membunuh dia sebagai ibu.

Saya sayang anak lelaki saya untuk selama-lamanya, anak sulung saya yang kacak. Saya akan jumpa awak lagi suatu hari nanti. Sampai bila-bila sayang, bantu kami mengharungi hidup tanpa awak.

MENARIK:  Konsert ‘Free’ Aishah Hibarkan Pemandu yang Terperangkap ‘Traffic Jammed’ Depan Rumah

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale