Ibu Siti Nurhaliza Pertahankan Keputusan Membawa Anak Menjadi Penyanyi, Netizen Bersimpati

Shopee CNY Sale



Siti Sairah

Seorang pengguna media sosial mendakwa penyanyi Siti Sairah terlalu memaksa anaknya iaitu Ummi Umairah untuk menjadi penyanyi.

Paksa jadi penyanyi?

Siti Sairah

Menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah hantaran di TikTok, individu tersebut berkata, dia berasa kasihan dengan Umairah atau mesra dengan sapaan Umai.

Kadang-kadang kasihan tengok Umai ini, ibu bapa dia macam terlalu paksa sangat dia jadi penyanyi. Apa pun semoga berjaya Umai.

Tidak berdiam diri, adik kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza itu menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan anaknya ingin menjadi penyanyi atas minatnya sendiri.

Kata Sairah, dia sebagai ibu hanya menyokong dan memberi semangat buat Umai.

Setiap apa yang Umai lakukan dan buat atas minat dan keinginan dia sendiri. Saya sebagai ibu hanya memberi sokongan dan yang terbaik untuk dia.

Dalam hantaran tersebut, Sairah turut berkongsi sepotong video anaknya itu sedang berlatih dengan guru vokal yang dikenali sebagai Cikgu Shafi.

MENARIK:  Kemeriahan Raya Bersama Penawaran Menarik dari Lotus’s!

Dapat dilihat juga, Umai mengalirkan airmata dalam video berkenaan.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale